RAYA 2016 COLLECTION

Tuesday, 8 July 2014

AURA WARNA DAN KEPERIBADIAN ANDA

Hai...Assalamualaikum
Salam sejahtera
Jom baca tentang AURA WARNA

Pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari. Saya ingin kongsikan tip motivasi kepada anda yang yang saya dapat semasa berseminar di Langkasuka Hotel Langkawi dan ingin mengajak rakan-rakan cuba merasai sendiri kelainan dengan Warna Bangkitkan Aura Diri.


Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud ‘kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya’
Warna sejak sekian lama telah diketahui boleh memberikan pengaruh terhadap kehidupan, psikologi dan emosi manusia. Warna juga menjadi bentuk komunikasi tanpa lisan yang boleh mendedahkan mesej secara segera dan lebih bermakna.
Mata kita boleh menangkap tujuh juta warna yang berbeza. Tetapi ada beberapa warna utama yang boleh mempunyai kesan pada kesihatan dan mood. Setiap warna memancarkan panjang gelombang tenaga yang berbeza dan mempunyai kesan yang berbeza pula. Dengan menggunakan pelbagai  perbezaan warna di rumah anda boleh membawa harmoni, kestabilan dan keseimbangan.

WARNA PAKAIAN
Begitu juga dengan pemilihan pakaian. Kita selalunya memilih warna baju berasaskan warna kulit kita dan juga warna kegemaran. Amat jarang sekali kita memilih warna pakaian yang mampu mempengaruhi dan menarik  psikologi, Aura Warna dan mata orang yang melihatnya.
Warna yang betul dan bersesuaian dengan element tarikh lahir kita mampu menarik, memukau akan membuatkan orang sekeliling  berasa selesa dengan anda. Namun sekiranya warna yang dipilih berlawanan, ia mampu melemah dan melesukan kita, dan membuatkan orang sekeliling merasa kurang selesa dengan warna yang tidak serasi dan sekaligus mengenepikan sifat-sifat menarik dan potensi yang tersembunyi di dalam diri kita.
Pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari. Saya ingin kongsikan tip motivasi kepada anda yang yang saya dapat semasa berseminar di Langkasuka Hotel Langkawi dan ingin mengajak rakan-rakan cuba merasai sendiri kelainan dengan Warna Bangkitkan Aura Diri.



PUTIH
Warna Putih melambangkan kesucian. Mulakan rutin harian kita dengan mengenakan pakaian berwarna putih pada hari ini kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsangkan semangat baru dalam diri kita.









 
MERAH JAMBU /UNGU

Warna Merah jambu Atau biasa disebut Pink adalah warna yang melambangkan kasih sayang. Ianya sesuai digunakan pada hari selasa kerana ia adalah hari beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.












BIRU
Warna Biru melambangkan penyembuhan. Ianya memberi kesan terhadap komunikasi yang mana dapat meningkatkan keyakinan dalaman untuk bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.











KUNING/OREN
Warna Kuning menggambarkan keceriaan. Ianya tergolong dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna seksual wanita.












HIJAU
Warna Hijam memberi keseimbangan dan melambangkan ketenangan jiwa serta kedamaian buat kita. Pemilihan warna hijau pada hari Jumaat mampu memberi sentuhan yang cukup baik buat si gadis lebih-lebih lagi di hari yang mulia.











  
MERAH
Warna Merah memberi maksud keberanian dan kemewahan. Hari yang paling sesuai bersiar-siar dan beraktiviti seperti berjumpa rakan-rakan, saudara mara dan juga bersukan.













HITAM


Warna Hitam adalah yang sesuai untuk beristirehat dan rehat minda dari sebarang urusan. Elakkan Menjalankan tugas yang membebankan pada hari ini malah luangkan masa bersama keluarga tercinta. Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakan zarah yang tidak stabil .

No comments:

Post a Comment