RAYA 2016 COLLECTION

Monday, 17 November 2014

BUTIK VENDOR NASUHASHOPPE



Sekarang nie makin ramai yang berminat untuk membuka sebuah butik vendor kerana konsep butik vendor nie memang sangat bagus dan cara terbaik mengembangkan perniagaan. Konsep vendor butik lebih kepada perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan yang lebih besar. Sebagai contoh, dibawah satu butik, terdapat lebih 30 vendor yang menjual pelbagai jenis produk. 

Ini memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk membeli kerana terdapat banyak pilihan produk.  Vendor atau penyewa slot juga akan mendapat keuntungan kerana seorang pelanggan pada asalnya datang untuk membeli satu jenis produk sahaja, tetapi apabila dibentangkan dengan pelbagai jenis produk pastinya akan pulang dengan membeli beberapa jenis produk sampingan yang lain.

Bagi yang baru nak memulakan butik vendor, antara perkara pertama yang perlu diambil kira adalah kualiti yang ada pada seseorang vendor itu. Ramai peniaga yang berminat untuk mendaftar sebagai vendor tetapi bila dah letak barang di butik ramai yang bersikap lepas tangan dan tidak memahami konsep vendor butik nie.

Semua vendor akan mempromosikan produk mereka dan membawa pelanggan untuk mencuba dan membeli produk yang dijual di butik. Seperti yang saya katakan sebelum ini, konsep vendor butik adalah perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan (networking). 

Bukan lepas letak produk, lepas tu hujung bulan tanya berapa sales yang dapat.
Bila langsung takde sales, marah-marah, perli-perli dan ada yang terus ambil barang dan tamatkan kontrak.

 Bila tengok dia punya facebook, instagram, twitter or apa2 media pemasaran langsung tak sebut yang produknya ada dijual di butik vendor.

Seseorang yang menjadi vendor, sepatutnya tidak boleh marah jika produknya tidak terjual. Ini kerana, pemilik butik vendor pastinya setiap hari akan membuat pemasaran kerana pemilik butik vendor juga ada produknya sendiri dan pastinya produknya lebih banyak dari vendor-vendor yang lain. 

Untuk mendaftar sebagai vendor, seseorang itu perlu faham bahawa produk yang dijual adakalanya akan terjual dan ada yang tidak terjual kerana tidak memenuhi citarasa pelanggan yang datang ke butik. Jika dirasakan rugi bayar sewa, dia perlu berfikir jika sertai jualan booth, sewa sehari ada yang RM200 hingga ribuan ringgit. Dengan pengunjung yang begitu ramai pun kadang-kadang tu belum tentu akan balik modal. 

Seperti baru-baru ini kami ada sertai Youth Bazaar Fiesta. Sewa hampir RM600 untuk dua hari. Pengunjung sederhana je. Mungkin sebab penganjur tak buat kerja. Tak buat pemasaran tentang event tu. Tapi, nak kata takde langsung pun tak boleh jugak. 

Ada la dalam 1000-2000 orang pengunjung yang datang untuk dua hari tu. Jualan hanya RM280 je. Memang tak balik modal kan?

 Jika mendaftar sebagai vendor di butik saya iaitu NASUHASHOPPE CONCEPT BOUTIQUE  yang terletak di Nilai dan Banting, paling mahal pun RM170 sebulan untuk satu slot. Dalam RM5.60 je sehari. Berbanding RM300 sehari jika sertai booth. Jadi, memang vendor tak boleh marah kalau produk tak terjual.

Seperti di butik saya, jualan di butik dan di website. Vendor tak bayar pun kos untuk masukkan produk di website, ambil gambar produk, edit gambar, melayan karenah pelanggan. Tapi, kami lakukan hanya untuk membantu meningkatkan jualan vendor. 

Boleh lawat website ecommerce kedai online butik saya di alamat:http://www.nasuhashoppe.blogspot.com/

Untuk memilih vendor, perlu pilih yang aktif di Instagram dan Facebook. Bakal vendor perlu ada ramai follower di laman sosial. Kelebihan kepada vendor yang mengeluarkan atau menjahit produk sendiri. Ini kerana, jika vendor menjual produk yang dibeli borong di pusat pemborong Jalan Kenanga, Jalan Masjid India atau di Plaza GM/ GM Klang, produk yang dijual kurang ekslusif.

Contohnya, vendor yang menjual palazzo, di butik dijual dengan harga RM50 tetapi palazzo yang sama boleh didapati di downtown, pasar malam dan pasar tani dengan harga RM35 sahaja. Ini akan menimbulkan keraguan kepada pelanggan dan mengatakan bahawa produk yang dijual dibutik mahal.

Post pulak kat Facebook, Instagram, twitter atau blog cakap yang kalau beli kat tempat lain dapat murah je, tapi bila ke butik harga mahal. Kerana sejenis produk, dah produk lain pun akan kena tempias. Semua orang dah takut nak ke butik sebab harga mahal.

Pulak tu, produk yang sama boleh beli kat banyak tempat lain. Jadi, pilihlah vendor yang menjual produk ekslusif. Jahitan sendiri. Buatan sendiri. Pelanggan tak boleh nak bandingkan dan cakap harga mahal. Sambutan pun pasti menggalakkan.

Ok dah panjang. Next time sambung lagi tentang tips mulakan butik vendor.


Jemput lawat website kedai online dan butik saya NASUHASHOPPE CONCEPT BOUTIQUE

Outlet Banting, Selangor
434 Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting,
 Selangor (Dalam Kedai Dobi Papa, sederet Maybank)


Outlet Nilai, Negeri Sembilan
C6-G Ground Floor, Jalan Jati 9, Acacia Park Avenue, Nilai 78000 Nilai 
Negeri Sembilan (Dalam Kedai Dobi Papa, Nilai)