Apa benda alah ni ?? Apa Fungsi dan kelebihannya ?? Aku buat research jap! Harus buat analisa sebab kita makan dan tindak balas akan berlaku pada dalam badan nanti. Kalau silap makan atau silap guna atau kandungan merbahaya haaa kan bawa kesan buruk. Diri sendiri yang kena. Tak nak lah smpai macam tu kan. OK back to main item! Menurut kajian yang dilakukan para analisis produk kesihatan, Glutathione ni merupakan sejenis antioksidan yang dihasilkan oleh badan melalui hati. Ia merupakan gabungan tripeptida yang luar biasa antara Cysteine yang terdiri daripada Kumpulan Amine dan Kumpulan Carboxyl. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk melihat keberkesanan Glutathione terhadap tubuh badan kita. Lebih daripada 92 000 journal dan artikel telah diterbitkan dan membuktikan bahawa Glutathione memiliki kekuatan melawan radikal bebas yang sangat memberansangkan dan jauh mengatasi Vitamin C dan E. Ohh yeke. Selain itu berfungsi sebagai melindungi tubuh badan dari serangan penyakit & melawan radikal bebas. Paras Gluta dalam badan akan berkurangan disebabkan pendedahan kepada pencemaran, stress, minuman keras, merokok, faktor pemakanan .
Walau bagaimanapun, kesan yang paling ketara terhadap pengambilan Glutathione ialah ia mampu mencerahkan kulit badan serta wajah sehingga secerah yang anda mahu !!! Ini terbukti apabila Glutathione mampu menghalang penghasilan melanin yang memberi penggelapan warna kulit, Tyrosinase. Ini menjadikan tona kulit anda lebih cerah dan berseri dalam 2-3 minggu. Namun, bergantung kepada individu, kesan pencerahan adalah berbeza dan kesan total diperolehi sekurang-kurangnya 2-3 bulan dengan pengambilan tetap dan berterusan Glutathione. Disebabkan ini, Glutathione sangat popular dalam mencerahkan kulit wajah dan badan sehingga 3 tona warna. Dengan pengambilan berterusan, ia mampu memncerahkan sehingga 5-6 tona warna dalam tempoh 6-8 bulan. Di negara Barat, produk ini sangat popular kerana kebanyakan produk Glutathione terdiri daripada kapsul atau tablet yang hanya perlu ditelan. Tidak seperti sesetengah produk lain, ia perlu disuntik atau diimpilan ke dalam badan anda supaya kesannya kelihatan.
Ni antara produk yang aku ambil. Setakat ni baru sekotak setengah aku makan. Perubahan yang paling aku Nampak adalah kulit kering semakin ok dan melembab. Then parut luka dikaki yang berwarna seakan Lebam hilang sikit-sikit. Lepas tu baru aku nak cakap wajah aku makin cerah sikit! Haha! I nak putih jugak uolls -.-'
No comments:
Post a Comment